ARKIB : 22/01/2006
PENYERANG Pahang, Bernard
Samuel Tchoutang (kanan) mengawal bola meskipun cuba dihalang oleh pemain
Negeri Sembilan, Khairul Anuar Baharum sewaktu aksi Liga Super di Stadium Darul
Makmur, Kuantan semalam. - Gambar GHAZALI BASRI.
KUALA LUMPUR - Juara Piala
Malaysia, Selangor terus terhimpit apabila tewas buat kali keenam dengan
giliran Perak mencatat kemenangan 2-0.
Kekalahan menambah derita
Selangor apabila kali ini terjerumus di tangga terbawah liga buat pertama kali.
Saingan Liga Super pusingan
kedua turut diwarnai kegagalan pendahulu liga, Negeri Sembilan mengekalkan
penguasaan setelah tumpas 1-0 kepada Pahang.
Kesempatan itu dicuri oleh
skuad yang mendapat jolokan `Chelsea Malaysia', MPPJ untuk merampas takhta
selepas menewaskan Pulau Pinang E&O 2-1.
Di Stadium Perak, Juara Piala
Malaysia, Selangor terus tenggelam kehilangan punca kemenangan yang di hajat
dihampakan oleh Naib Juara Piala FA, Perak apabila tewas 2-0 menerusi kedua-dua
gol dijaringkan oleh Keita Mandjou di Stadium Perak, semalam.
Kekalahan kali keenam Selangor
sesudah dibelasah teruk oleh Perlis 6-1 minggu lalu pastinya mengundang
kemarahan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Dr. Mohamad
Khir Toyo.
Di Stadium Petaling Jaya, skuad
yang mendapat jolokan `Chelsea Malaysia', MPPJ kembali bernafas untuk menduduki
tangga teratas liga selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1.
Mahkota yang kini menjadi milik
MPPJ dibantu oleh kekalahan pendahulu, Negeri Sembilan yang rebah 1-0 kepada
Pahang.
Mohd. Haris Safwan mencipta
jaringan awal milik tuan rumah pada minit ke-16 manakala gol kedua pula
menerusi Ben Newton Katanha di minit ke-63.
Pulau Pinang E&O sekadar
merapatkan jurang dengan jaringan tunggal Mohd. Azrul Ahmad pada minit ke-70.
Di Stadium Hang Jebat, tuan
rumah Telekom Melaka gagal menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri
apabila terikat 0-0 bertemu Perlis.
Di Stadium Darul Makmur,
Bernard Tchoutang muncul hero apabila jaringan tunggalnya memastikan Pahang
mengutip tiga mata berharga apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0.
Kemenangan itu memastikan
Pahang mengutip kemenangan kedua dalam usaha memperbaiki kedudukan daripada
terus menduduki tangga terbawah liga.
Buat Negeri Sembilan ini adalah
kekalahan kedua dialami berturut-turut.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jc3K8VgK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan