ARKIB : 23/05/2006
KUALA LUMPUR - Saingan Liga
Super musim 2005/2006 menutup tirai malam ini mengharungi aksi terakhir dengan
Negeri Sembilan Naza lebih awal ditabalkan selaku juara.
Empat perlawanan malam ini
lebih tertumpu kepada persaingan Telekom Melaka dan Perak memburu tempat selaku
naib juara Liga Super.
Manakala persaingan lebih
menarik adalah untuk menentukan satu lagi pasukan bakal mengiringi Selangor
bermain dalam perlawanan playoff Liga Super musim 2006/2007.
Pahang yang masih segar dengan
gelaran Piala FA Sabtu lalu, bakal bersaing bersama-sama Perlis dan MPPJ untuk
mengelak daripada mengalami nasib seperti Selangor.
Ketika ini Perlis berada di
tangga kelima dengan 27 mata diikuti oleh MPPJ di tempat keenam (26 mata) dan
Pahang di tempat ketujuh (24).
Selangor pula masih kekal di
tangga terbawah liga. Kemenangan skuad Merah Kuning ke atas MPPJ tidak merubah
kedudukan pasukan itu.
Buat ketiga-tiga pasukan itu
kemenangan menjadi buruan, jika kalah mereka pasti mengiringi Selangor ke
perlawanan playoff yang akan dijalankan bulan depan.
Tugas getir menanti MPPJ
apabila berdepan dengan Telekom Melaka yang turut mencari kemenangan bagi
memastikan kedudukan selesa selaku naib juara liga di belakang NS Naza.
MPPJ yang diterajui oleh bekas
jurulatih MK Land, Khan Hung Meng terpaksa mengerah tenaga untuk menang bagi
mengelak menduduki dua tangga terbawah liga.
Begitu juga dengan Pahang yang
masih segar selaku juara Piala FA perlu menewaskan Pulau Pinang E&O jika
tidak berhasrat untuk mengiringi Selangor.
Jurulatih Pahang, Zainal Abidin
Hassan terpaksa menangguhkan sambutan kejayaan muncul juara Piala FA buat
pertama kali semata-mata mahu memberikan tumpuan perlawanan terakhir liga.
Pesta meraikan kejayaan Pahang
ditangguhkan dan saya mahu pemain memberikan tumpuan penuh untuk memastikan
skuad Tok Gajah tidak bermain dalam playoff untuk layak ke Liga Super musim
depan,'' ujarnya baru-baru ini.
Mengikut percaturan, Pahang
mengharapkan Perlis atau MPPJ tewas sambil skuad Tok Gajah menewaskan Pulau
Pinang E&O.
Malah buat Perlis yang kecewa
buat kali kedua untuk muncul juara Piala FA tewas 4-2 kepada Pahang,
sekurang-kurangnya perlu mencatat keputusan seri berdepan dengan Selangor.
Keputusan seri itu sudah cukup
menjamin kedudukan Perlis kekal dalam Liga Super musim depan.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4l6ccsW3P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan