ARKIB : 13/05/2006
Oleh Ainol Amriz Ismail
SEREMBAN - Walaupun beraksi di
Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini, Negeri Sembilan Naza tidak pernah
gelisah biarpun hanya bersandarkan keputusan seri tanpa jaringan untuk turun
menentang Pahang dalam pertemuan separuh akhir kedua Piala FA ini.
Jurulatih Negeri Sembilan Naza,
K. Devan berkata, biarpun pemergian ke Pahang, tanpa kehadiran dua pemain Ching
Hong Aik yang cedera di lutut pada pertemuan Liga Super menentang Perlis lalu
serta import, Jason Williams juga cedera ditempat sama, pasukannya tetap
bersemangat untuk berjuang.
Kita ada peluang untuk
mencatatkan kemenangan biarpun 50-50. Kita yakin dan optimis, bermain di
Kuantan bukan halangan untuk Negeri Sembilan Naza memperoleh kemenangan,"
katanya ketika di sini semalam.
Tambah Devan, Hong Aik dan
Williams akan direhatkan sementara, tetapi kita sudah mempunyai pemain yang
akan menggantikan mereka.
Bahtiar Othman akan bermain di
sebelah kiri mengambil tempat Hong Aik dan P.Sivanathan akan memikul tugas di
sebelah kanan mengambil tempat Williams.
Saya berharap dengan gandingan
dua pemain ini ia akan membantu pasukan Negeri Sembilan untuk lebih
mantap," ujarnya.
Pada masa yang sama juga, skuad
Jang akan tetap menurunkan dua pemain yang masih belum pulih sepenuhnya, Che
Hishamuddin Hassan dan Christian Bekamengo.
Kita memang akan menurunkan
pemain yang boleh menjaringkan gol. Ketika ini, sandaran tetap di bahu
Hishamuddin dan Bekamengo.
Jika ada pilihan, kami memang
mahu merehatkan mereka.
Tetapi saya percaya, walaupun
sedikit terjejas, sumbangan mereka dalam pasukan Negeri Sembilan Naza serta
gerakan bergaya kedua-duanya dalam menghasilkan gol, saya mengharapkan sentuhan
berbisa mereka di Kuantan.
Mereka akan bermain sebaik
mungkin untuk memastikan kemenangan Negeri Sembilan Naza di Kuantan, sekali gus
melangkah ke perlawanan akhir Piala FA ini,'' ujarnya.
Skuad Negeri Sembilan Naza yang
berlepas ke Kuantan semalam, mengharapkan kekalahan Telekom Melaka kepada
Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini untuk mengesahkan
kejuaraan Liga Super milik Jang.
Jika mereka tewas, kita sudah
dinobatkan sebagai juara Liga Super. Tidak perlu lagi bermain dalam tekanan.
Tumpuan sekarang ialah Piala
FA. Pemain sudah bersedia dan memberikan komitmen yang tinggi di Kuantan.
Kami akan buktikan kejayaan di
Kuantan,'' tegas Devan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4l5vFNUBR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan