ARKIB : 24/05/2006
Penyerang Perlis Phillimon
Chiepeta (kiri) dihalang oleh pemain pertahanan Selangor K. Sambagamaran dalam
perlawan Liga Super di stadium Utama Kangar, semalam. Perlis menang 3-2. -
Gambar NIDZUWAN ZAINAL ABIDIN.
KUALA LUMPUR - Telekom Melaka
mencipta sejarah tersendiri apabila muncul selaku naib juara Liga Super di
belakang Negeri Sembilan Naza menutup aksi terakhir semalam sebelum kempen
Piala Malaysia bermula.
Walaupun Telekom tewas 3-0
kepada MPPJ di gelanggang sendiri, pasukan itu boleh menarik nafas lega apabila
pasukan saingan terdekat, Peraktumpas 0-2 kepada juara Liga Super, Negeri
Sembilan Naza.
Ketika Telekom meraikan
kejayaan manis muncul naib juara, dua pasukan gergasi Selangor danPahang pula
menduduki dua tangga terbawah liga.
Ini bermakna Pahang yang masih
segar dengan gelaran juara Piala FA dan Selangor akan mengharungi saingan
playoff bulan depan buat menentukan peluang mereka untuk kembali semula ke Liga
Super musim 2006/2007.
Di Stadium Hang Jebat, MPPJ
terselamat kekal beraksi di Liga Super musim depan selepas menang 3-0 ke atas
Telekom Melaka.
Gol-gol MPPJ dijaringkan
menerusi Rachid Zmama (m-7, 73) manakala satu gol oleh Juan Manuel Arostegui
pada minit ke-40.
Di Stadium Darul Makmur, juara
Piala FA, Pahang mencatat kemenangan tipis 2-1 menewaskan Pulau Pinang E&O.
Pahang membuka tirai jaringan
pada minit ke-35 hasil tandukan Hairuddin Omar.
Bagaimanapun pelawat menyamakan
kedudukan 1-1 pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter
yang dilakukan oleh Mat Saiful Mohamad.
Josiah Seton muncul hero
menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.
Di Stadium Perak, juara Liga
Super Negeri Sembilan mudah menewaskan Perak 2-0.
Pelawat tangkas memecah kebuntuan
jaringan gol pada minit ke-43 menerusi bekas pemain Olimpik, Idris Abdul Karim.
Idris meledakkan sepakan
daripada jarak 20 meter mengenai palang sebelum bergolek masuk menerjah jaring
pada minit ke-43.
Christian Bekamenga menambah
gol kedua Negeri Sembilan Naza apabila mencipta jaringan pada minit ke-66.
Di Stadium Utama Kangar, Naib
juara Piala FA, Perlis mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan
selepas menewaskan Selangor 3-2.
Gol-gol Perlis dijaringkan oleh
Philimon Chepita (m-2), Mohd. Nazaruddin Md. Zain (28) dan Adrien Jurad
Chamrong (70).
Gol Selangor pula menerusi Wan
Rohaimi Ismail (30) dan Bambang Pamungkas (49).
KEPUTUSAN LIGA SUPER
Pahang 2 P.Pinang E&O 1
Perak 0 NS Naza 2
Perlis 3 Selangor 2
Telekom 0 MPPJ 3
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l6f4PuWR
© Utusan Melayu (M) Bhd