MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
BIARPUN bukan penamat yang baik dalam saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim ini, Dollah Salleh tetap berbangga kerana skuad Pahang
mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Darul Makmur.
Pengendali Tok Gajah itu berkata, rekod bersih itu
diharap menjadikan skuad Pahang lebih bagus dan padu untuk menghadapi saingan
Liga M musim depan.
"Ia bukan penamat yang baik dalam saingan Liga M
khususnya Piala Malaysia tapi Pahang tidak tewas sepanjang perlawanan di
Kuantan.
"Musim ini, rekod kita bersih iaitu tanpa kalah
sekali gus ia sebagai bekalan semangat untuk menghadapi saingan Liga M musim
depan.
"Memang Pahang gagal ke final Piala Malaysia tetapi
kita seri 5-5 berdepan Kedah pada aksi separuh akhir kedua," katanya.
Pada aksi separuh akhir Piala Malaysia, misi Pahang ke
pentas final Piala Malaysia berakhir selepas seri 8-8 menerusi agregat berdepan
Kedah.
Biarpun seri 5-5 pada separuh akhir kedua, kelebihan
jaringan mengesahkan skuad Helang Merah mengiringi Johor Darul Ta'zim (JDT) ke
pentas final.
Untuk rekod saingan Liga M musim ini, skuad Tok Gajah
muncul selaku naib juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober
2019 @ 1:01 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan