MyMetroNode
Petaling Jaya: Pasukan Pahang menguasai senarai pemenang
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 apabila merangkul lima gelaran hari ini.
Penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Khalid diumum
pemenang dalam dua kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Paling
Bernilai.
Sementara itu, Zainal Abidin Hassan diiktiraf Jurulatih
Terbaik manakala Mohd Razman Roslan dinobatkan Pertahanan Terbaik.
Persatuan Bolasepak Negeri Pahang juga diumumkan sebagai
Persatuan Bolasepak Terbaik pada majlis yang diadakan di sini.
Pemenang kategori lain:
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu)
Pemain Muda Terbaik: Farhan Roslan (Kedah)
Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (PDRM)
Anugerah Fairplay: Terengganu
Kelab Bolasepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim
Kelab Penyokong Terbaik: Johor Darul Ta'zim
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014
@ 3:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan