MyMetroArena
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
SAINGAN sengit dalam skuad
menuntut pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad memberi persembahan terbaik
bagi memastikan namanya tidak tercicir daripada senarai kesebelasan utama
pasukan pada saingan Liga Super musim depan.
“Kehadiran beberapa muka baharu
dalam skuad Tok Gajah akan menjadi senjata kekuatan pasukan, bagaimanapun pada
masa sama mereka adalah pesaing kuat saya untuk berada di tengah padang.
“Sebagai pemain profesional,
perkara itu dianggap biasa dan tidak terlalu membebankan, apa yang utama ialah
saya perlu berusaha memberi persembahan bagi memikat hati jurulatih (Dollah
Salleh) setiap kali sesi latihan,” kata Muslim.
Selepas memasuki musim kedua
bersama Tok Gajah, Muslim mengakui dia sudah serasi dengan pemain lama dalam
pasukan dan kelebihan itu akan dapat membentuk persefahaman lebih baik dan
berkesan terutama dengan jentera tengah.
Pada musim 201,7 dia bergandingan
dengan pemain import dari Korea Selatan, Heo Jae Won di bahagian pertahanan,
namun selepas pemain itu berpindah, kekosongan posisi berkenaan masih belum
diputuskan jurulatih.
Baginya, sesiapa saja yang akan
bergandingan dengannya bukan persoalan penting untuk difikirkan kerana fokus
utamanya ialah memberi persembahan terbaik bagi memastikan Tok Gajah mencatat
kejayaan pada setiap perlawanan.
“Saya perlu berusaha sedaya upaya
membalas kepercayaan jurulatih yang mengekalkan saya musim 2018.
“Dengan kerjasama semua pemain,
saya yakin skuad Tok Gajah musim depan lebih berkualiti dan berkesan dalam
usaha memburu kejayaan selepas gagal menyerlah musim ini,” kata pemain
kelahiran Kuala Terengganu itu.
Muslim yang juga bekas pemain
kebangsaan berkata, kehadiran Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Safuwan
Baharudin, Bunyamin Umar dan Chan Vathanaka mampu meletak pasukan Tok Gajah
sebagai pencabar utama musim depan.
“Kelibat Matheus Alves, Mohamadou
Sumareh, Chan (Vathanaka) dan Mat Yo pastinya akan dapat memberikan hasil
memuaskan kepada pasukan seterusnya kegembiraan serta kepuasan kepada peminat
setia Pahang,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 19 Disember 2017 @ 1:38 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan