SUKAN»Bola
Jumaat, 25 Oktober 2019 | 7:18pm
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika sesi latihan
pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
Dollah masih tagih bisa Nwakaeme, Kaimbi
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Gandingan Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi
tetap menjadi taruhan Pahang apabila berdepan Kedah pada separuh khir kedua
Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, dua
penyerang import, masing-masing dari Nigeria dan Namibia itu berada pada
prestasi terbaik untuk merobek gawang skuad Helang Merah.
"Ketika ini, saya tiada masalah di bahagian serangan
kerana Nwakaeme dan Kaimbi menjadi pihanan utama untuk memberi tekanan kepada
pertahanan lawan.
"Saya percaya dua penyerang import ini dapat
membantu manakala pemain lain di bahagian tengah dan pertahanan membantu
memperkasakan pasukan," kata Dollah yang juga bekas pemain
kebangsaan.
Dalam saingan Piala Malaysia, Nwakaeme sudah menjaringkan
tujuh gol termasuk satu ketika Pahang seri 3-3 berdepan Kedah manakala lima gol
disumbangkan Kaimbi.
Pada masa sama, beliau percaya pemain di posisi lain juga
boleh membantu menghasilkan jaringan kerana mereka sudah membuktikannya ketika
seri 3-3 pada separuh akhir pertama lalu.
Katanya, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Nor Azam Azih,
masing-masing menyumbang satu gol dan sentuhan mereka amat dinantikan.
"Bagi saya, segala percaturan diharap menjadi untuk
memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik Pahang musim ini.
"Kelebihan yang ada iaitu bermain di laman sendiri
tidak perlu dipersia-siakan selepas pemain bermain dengan baik di Alor Setar
biarpun mencatat keputusan seri.
"Saya harap kesebelasan utama diturunkan esok dapat
bermain pada tahap terbaik dan mencapai misi ke pentas final," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 25 Oktober 2019 |
7:18pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan