MyMetroNode
Oleh Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengucapkan tahniah
kepada pasukan itu kerana berjaya meraih lima anugerah pada Anugerah Bola Sepak
Kebangsaan (ABSK) 2014.
Timbalan Presiden Datuk Seri Muhammad Safian Ismail
berkata, anugerah itu atas hasil usaha dan kerja keras dipersembahkan PBNP,
jurulatih dan pemain sepanjang musim ini.
Bagaimanapun katanya, skuad itu berdepan cabaran getir
tahun depan khususnya untuk mempertahankan tiga kejuaraan diraih musim ini.
“Lima anugerah ini amat menggembirakan PBNP.
“PBNP akan berusaha memastikan kejayaan meraih tiga piala
musim ini, termasuk mempertahankan Piala Malaysia musim depan dapat
direalisasikan.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memperkasakan
skuad Tok Gajah musim depan. Jurulatih dan pemain perlu komited mencapai misi
ini,” katanya semalam.
Kelmarin, lima daripada 12 anugerah dipertandingkan pada
ABSK 2014 menjadi milik Pahang.
Penjaga gol, Khairul Azhan Khalid meraih dua anugerah
iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.
Selain itu, pemain pertahanan, Razman Roslan menerima
Anugerah Pertahanan Terbaik dan pengendali skuad Tok Gajah, Zainal Abidin
Hassan pula meraih anugerah Jurulatih Terbaik.
PBNP yang melahirkan ramai pemain berkaliber negara turut
menerima anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:07 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan