ROSILAWATI ROSEDI | | 26 Oktober 2019
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme menjerit kepuasan
selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia
2019 Separuh Akhir Kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. -Foto Bernama
BIARPUN mencatatkan keputusan seri,5-5 dalam aksi separuh
akhir kedua,skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas
final Piala Malaysia 2019
Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Darul
Makmur malam ini,Kedah mara ke perlawanan akhir dengan agregat,8-8 berdasarkan
kelebihan gol di tempat lawan untuk meranapkan impian skuad kendalian Dollah
Salleh.
Kedah terlebih dahulu menggegarkan gawang rumah menerusi
jaringan kapten pasukan, Fernando Rodriguez hasil umpanan Baddrol Bahktiar pada
m-8.
Tersentak dengan jaringan tersebut,pemain tuan rumah
menggandakan asakan namun beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan.
Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi dari luar
kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan,Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada
m-33.
Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama
perlawanan.
Bersambung babak kedua,Kedah kembali mengejutkan tuan
rumah hasil jaringan penyerang importnya,Jonatan Bauman pada m-54.
Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi
jaringan penyerang kelahiran Namibia,Lazarus Kaimbi pada m-71 dan lima minit
kemudian,dia sekali lagi menggegarkan gawang Kedah untuk membawa tuan rumah
mendahului lawan.
Namun kegembiraan Pahang kembali tercalar selepas Baddrol
menambahkan derita buat tuan rumah hasil sepakan percuma pada m-84.
Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan terpaksa
mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak memastikan mereka
kembali ke depan hasil jaringan,Renan Alves pada m-92.
Pahang tidak berputus asa dan peluang kembali terbuka
selepas sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh pemain pertahanan,Herold
Goulon untuk kembali terikat,4-4 pada m-114.
Namun kealpaan pertahanan tuan rumah mengundang padah
selepas Rodriguez membawa Kedah kembali mendahului pada m-117.
Jaringan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebelum wisel
penamat dibunyikan tidak membawa makna buat tuan rumah.
Kedah akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk
perlawanan akhir saingan piala tersebut di Stadium Bukit Jalil pada 2 November
ini.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/54226/BERITA/Sukan/Pahang-terlepas-tiket-finalKedah-mara-temu-JDT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf