ARKIB : 01/08/1998
PERCATURAN merebut juara liga Perdana Satu pasti
menjadi debaran Pahang dan Pulau Pinang apabila turun pada perlawanan terakhir
mereka malam ini, lapor BAKARUDIN BUSU.
Pahang yang masih berada di tangga teratas dengan 39
mata diikuti Pulau Pinang 38 mata sudah pasti mengharapkan kejayaan gemilang
untuk memastikan liga menjadi milik mereka.
Perebutan tersebut bagaimanapun bagaikan ada persamaan
apabila kedua-dua pasukan ini akan bertandang lawan bagi menamatkan misi
terakhir dalam Perdana Satu tahun ini.
Namun tugas berat sudah pasti menanti Pahang dan Pulau
Pinang kerana lawan mereka juga memerlukan kemenangan bagai merebut tempat
dalam Piala Malaysia.
Pahang yang akan bertandang di Bandar Seri Bengawan
sudah pasti menarik kerana Brunei meskipun sudah melayakkan diri tetapi mahu menamatkan
aksi dengan kejayaan gemilang.
Debaran juga pasti menunggu Pulau Pinang kerana lawan
mereka, Selangor sudah pasti akan berusaha mencapai kemenangan untuk turut sama
layak ke Piala Malaysia.
Perbezaan satu mata serta jumlah gol yang hampir sama
menjadikan perebutan juara liga tahun ini terpaksa ditunggu sehingga perlawanan
terakhir.
Turut akan menjadi perhatian ialah perebutan empat
tempat lagi untuk menempah tiket ke Piala Malaysia yang masih terbuka untuk
lima pasukan.
Sabah, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak kini
mengharapkan kemenangan dalam usaha memastikan tiada keciciran dalam perebutan
kali ini.
Negeri Sembilan yang bagaikan nasib di hujung tanduk
hanya mengharapkan kekalahan besar Sarawak dalam pertemuan dengan Kuala Lumpur
setelah sudah menamatkan perlawanan lebih awal daripada pasukan lain.
Dalam kelompok ini pertemuan Sarawak dan Kuala Lumpur
turut akan menjadi perhatian apabila masing-masing terpaksa berentap dalam
usaha mengelakkan diri daripada tercicir kali ini.
Dengan ketupan mata yang agak seimbang menjadi telahan
dalam menentukan pasukan mana yang akan tersingkir dalam persaingan merebut
tempat ke Piala Malaysia amat sukar sekali.
Hanya Sabah yang dianggap selesa kerana pertemuan
dengan Perlis malam ini di Kota Kinabalu hampir pasti berpihak kepada pasukan
tuan rumah.
Ini adalah kerana pasukan Singa Utara yang bakal
menjadi penghuni Perdana Dua tahun depan hanya beraksi bagi melangkapkan jadual
sahaja selepas beraksi cemerlang musim lalu.
ublished on: 02/08/1998
Tiada ulasan:
Catat Ulasan