Kegigihan pasukan pelawat ternyata berhasil walaupun
ketinggalan 1-4 pada awal separuh masa kedua kepada Skuad Tok Gajah.
Gol pembukaan Pahang berpunca daripada pemain Brunei
yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya pada minit ke-20 dan pantas
dicuri Shahrulnizam Sahat untuk merembat kencang dari luar kotak penalti bagi
menewaskan penjaga gol pelawat, Ibrahim Bakar.
Selepas gol semangat itu, kesebelasan Tok Gajah terus
garang menggempur pintu gol lawan.
Pasukan pelawat bagaimanapun bijak mencari ruang
menyamakan kedudukan dalam keghairahan pasukan tuan rumah.
Pada minit ke-32 pemain tengah Brunei, Suni Mat Jerah
melakukan larian solo selepas mendapat bola dari sepakan percuma untuk
menewaskan penjaga gol Pahang, Mudzar Mohamad melalui rembatan di dalam kotak
penalti.
Mudzar walaupun menepis keluar bola itu tetapi
pengadil perlawanan, Mohamad Sukri Mat Amin mengesahkan gol kerana bola telah
melepasi garisan gol.
Bagaimanapun anak buah Jorgen Erik Larsen tidak mudah
putus asa, sebaliknya mereka terus menggandakan asakan.
Lima minit kemudian Azizul memulakan gerakan dari kiri
padang memaksa penjaga gol lawan keluar sebelum melorongkan bola ke Melnikov
untuk menambah gol Pahang pada minit ke-37.
Azizul sekali menjadi duri dalam daging apabila melorongkan
bola cantik pada minit ke-41 kepada Melnikov yang menguis bola untuk melebarkan
kedudukan.
Seawal dua minit separuh masa kedua bermula Tok Gajah
terus mengganas, kali ini giliran Azhar Kamaludin menjaringkan gol setelah
menerima hantaran lintang sebelah kanan dari Jalaluddn Jaafar.
Brunei merapatkan jurang pada minit 61 melalui Mohd.
Brian Iman. Brian melengkapkan hat-trick pada minit ke-80
untuk mengikat kedudukan 4-4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan