SUKAN»Bola
Jumaat, 15
November 2019 | 6:35pm
PEMAIN
Malaysia meraikan kemenangan ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022
dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Jangan cepat
hanyut: Jamal Nasir
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
“Jangan cepat hanyut!”
Itu pesanan
legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir yang mahukan barisan pemain skuad
Harimau Malaya supaya tidak terbuai dengan kemenangan bersejarah yang dilakar
ke atas Thailand, sebaliknya meneruskan fokus untuk mengharungi baki kempen
kelayakan yang seterusnya.
Mengakui skuad
bimbingan Tan Cheng Hoe itu memperagakan peningkatan selepas perlawanan demi
perlawanan, Jamal menegaskan mereka
tetap perlu memperbaiki kelemahan yang ada jika mahu melangkah lebih jauh
“Jangan selesa
sangat dengan kemenangan ini kerana harus diingat, perjalanan masih lagi jauh
dan ada lagi perlawanan yang mereka perlu harungi selepas ini khususnya bertemu
Indonesia minggu hadapan,” kata Jamal.
“Walaupun
sudah menewaskan Thailand yang kita tahu sebuah pasukan yang hebat, jangan
pandang rendah kepada Indonesia. Teruskan usaha keras dan sasar kemenangan ke
atas Indonesia.
“Teruskan
semangat berpasukan seperti yang ditunjukkan ketika menentang Thailand.
Kemenangan ke atas Thailand diraih kerana semua pemain memainkan peranan masing
masing dan tidak sekadar mengharapkan rakan sepasukan semata mata.
“Saya yakin
skuad kebangsaan memang boleh pergi jauh dengan barisan pemain yang ada tetapi
masih ada beberapa kelemahan yang perlu mereka perbaiki.”
Terdahulu,
anak buah Cheng Hoe terus menghidupkan peluang di pusingan Kelayakan Piala
Dunia 2022/ Piala Asia 2023 apabila mengejutkan pendahulu Kumpulan G, Thailand
2-1 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Meskipun
ketinggalan seawal minit ketujuh menerusi jaringan ‘Messi Thailand’, Chanathip
Songkrasin, jaringan pada setiap babak oleh Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh
memastikan kemenangan buat Malaysia.
Kemenangan itu
memastikan Malaysia meraih tiga mata penting dan terikat bersama Emiriah Arab
Bersatu (UAE) yang menghimpun enam mata selepas tunduk 1-0 di tangan Raja Asia
Tenggara, Vietnam.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Jumaat, 15 November 2019 | 6:35pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan