SUKAN»Bola
Rabu, 27 September 2017 | 11:14pm
PEMAIN T-Team FC, Joseph Yannick
Ndjeng (dua kiri) diasak pemain Pahang, Nor Azam Azih (kanan) pada perlawanan
Liga Super 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. - Foto Ghazali Kori
Tok Gajah menang tipis atasi
Titans
Oleh Faizul Azlan Razak
bhsukan@bh.com.my
KUALA TERENGGANU: T-Team memilih
laluan sukar apabila tewas 0-1 di tangan Pahang dalam saingan Liga Super di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
The Titans hanya memerlukan satu
mata dalam pertemuan itu untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim depan
terpaksa ditentukan dalam aksi terakhir menentang Sarawak di Kuching.
Skuad Tok Gajah terpaksa menanti
pada minit ke-78 untuk membolosi gawang T-Team menerusi jaringan penyerang
importnya, Matheus Alves.
Pada awal permainan, pelawat
bermula garang apabila melakukan dua percubaan menerusi Matthew Davies pada
minit ketiga dan Christie Jayaselan minit keenam ditepis keluar penjaga gawang,
Mohd Helmi Eliza Elias.
The Titans turut menguji gawang
pelawat menerusi percubaan Mohd Asrol Ibrahim minit 16 sedikit tersasar
manakala rembatan Mohamad Kamal Azizi didakap kemas Mohd Helmi Eliza minit 21.
Pada minit ke-28, Pahang terpaksa
mengeluarkan penyerang importnya, Mamadou Sumareh yang mengalami kecederaan dan
digantikan dengan Ahmad Syamin Yahya.
Peluang terbaik T-Team hadir
menerusi rembatan penyerang importnya, Yannick Ndjeng, namun terkena tiang
sebelah kiri gawang Pahang minit ke-41.
Tiga minit berselang, Syed Sobri
Syed Mohd terlepas peluang apabila rembatan dalam kotak penalti sempat ditepis
keluar Mohd Helmi Eliza.
Bersambung babak kedua, Mohd Nor
Hakim Hassan yang masuk menggantikan Muhammad Fakhrurazi Musa mempersiakan
peluang terbaik menjaringkan gol walaupun hanya berdepan Mohd Helmi Eliza minit
ke-56.
T-Team memburu gol penyamaan
sekalipun melakukan asakan ke kubu Pahang, namun buntu menghasilkan jaringan
hingga tamat permainan.[i]