ARKIB : 15/03/2007
KUALA LUMPUR Pahang terus
kempunan untuk meraih kemenangan apabila pulang hampa dengan satu mata setelah
diikat dengan keputusan seri 1-1 berdepan Selangor di Stadium Darul Makmur,
semalam.
Kemenangan seakan-akan berpihak
kepada Pahang setelah mendahlui Selangor 1-0 menerusi jaringan Syed Fahrul
Hakim pada minit ke-21.
Namun impian itu lebur pada
minit ke-68 apabila pemain pertahanan lincah Selangor, D. Surendren meledakkan
jaringan penyamaan.
Keputusan seri buat Selangor
sudah memadai biarpun kian terhimpit berada di pertengahan Liga Super.
Di Stadium Sarawak, Sarawak
gagal meraih kemenangan apabila seri 3-3 ketika bertemu Terengganu.
Pelawat mengejutkan tuan rumah
dengan gol pertama seawal minit keenam menerusi Fabio Flor sebelum tuan rumah
menyamakan kedudukan menerusi Ramos Sari pada minit ke-25.
Sarawak mendahului menerusi
Robert Eshun pada minit ke-36 tetapi tandukan Ahmad Shahril Zakaria mengikat
kedudukan.
Gol ketiga menyusul buat
Sarawak mendahului 3-2 hasil ledakan Romeo Kambou pada minit ke-62 namun
jaringan Che Hishamuddin Hassan empat minit selepas itu menyelamatkan
Terengganu daripada tewas.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka
sekadar mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Pulau Pinang.
Ketinggalan 0-2 apabila Pulau
Pinang mencipta dua jaringan menerusi Mohd. Saufi Ibrahim pada minit ke-39 dan
Zulhisham Jamaluddin pada masa kecederaan babak pertama hendak ditamatkan.
Namun Melaka menyamakan
kedudukan menerusi jaringan Richard Privitzer (m-77) dan gol A. Ganeson (m-85).
Di Stadium Negara Hasanal
Bolkiah, Brunei DPMM terus mengukuhkan kedudukan untuk berada di tangga kedua
di belakang pendahulu Perak setelah menewaskan Johor FC 3-1.
Kemenangan tersebut memastikan
Brunei DPMM mengutip 24 mata memintas Perlis yang tidak beraksi semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tPBABgRu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan