ARKIB : 24/01/2007
ROMPIN Presiden Persatuan
Bola Sepak Negeri Pahang (PNBNP), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan
rasa bangga dengan skuad Pahang yang kini berada pada tangga kedua Liga Super
selepas mengharungi tujuh perlawanan musim ini.
Menurut beliau, kewibawaan
ketua jurulatih Pahang, Ahmad Yusof nyata terserlah dalam membimbing skuad Tok
Gajah, yang rata-rata dibarisi pemain muda.
Saya berharap Pahang dapat
mengekalkan prestasi dan rentak permainan dan saya yakin dengan persiapan rapi,
Ahmad mampu melonjakkan skuad ini ke kedudukan teratas liga, katanya selepas
menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Banjir TV3 kepada mangsa banjir di
Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, di sini, semalam.
Skuad bimbingan Ahmad Yusof
kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 14 mata di belakang
pendahulu liga, Perlis yang memungut 17 mata.
Dengan satu kekalahan,
pencapaian Pahang boleh dianggap berjaya kerana Pahang gagal membariskan pemain
utama disebabkan masalah kecederaan selain dipanggil mengikuti latihan pasukan
kebangsaan.
Tengku Abdullah mengingatkan
para pemain muda skuad itu agar meningkatkan prestasi masing-masing supaya
dapat beraksi lebih baik.
Dengan semangat, kesungguhan
dan kemahiran yang setimpal saya percaya mereka akan dapat beraksi dengan baik,
kata beliau.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4spKkLYll
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan