Ayuh Tok Gajah!
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
PENOLONG jurulatih Pahang, Ahmad
Shaharuddin Rosdi mahu pemainnya mempamerkan aksi lebih bertenaga apabila
beraksi pada suku akhir Piala Malaysia.
Menurutnya, perkara utama perlu
diberikan perhatian adalah memperkasakan jentera pertahanan jika mahu melangkah
lebih jauh dalam saingan piala berprestij itu.
“Ini kerana saingan suku akhir
memerlukan komitmen tinggi memandangkan sebarang kesilapan bakal menyekat misi
menjulang piala ini.
“Tapi saya tetap gembira kerana
sikap tidak berputus asa pemain selepas T-Team menyamakan kedudukan 2-2
membuktikan impian ke suku akhir tercapai jika pemain kekal fokus.
“Saya bangga dengan kesungguhan
pemain yang tidak berputus asa sebaik lawan menyamakan kedudukan walaupun
barisan pertahanan gagal mengekang asakan lawan.
“Namun mereka berjaya mencapai
misi meraih tiga mata sekali gus layak ke suku akhir yang dilihat lebih
mencabar apabila bertemu Perak,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Ahad, 10 September 2017 @ 4:17 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan