ARKIB : 21/03/2007
KUANTAN - Bekas pemain import
Perak, Baichung Bhutia muncul hero apabila jaringannya membantu kemenangan
Mohun Bagan dari India menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan bola sepak
Kumpulan F Piala AFC di Stadium Darul Makmur, semalam.
Kekalahan kedua buat juara
Piala FA selepas tewas 4-0 kepada Osotpa M-150 FC, 6 April lalu, melihat Pahang
terpelosok di tangga terbawah Kumpulan F tanpa mengutip sebarang mata.
Gol pendahuluan pasukan pelawat
diperoleh menerusi Lalawmpuia Pachau yang merembat bola masuk menewaskan
penjaga gol tuan rumah, Mohd. Iqbal Suhaimi pada minit ke-30.
Terdahulu, Tok Gajah memperoleh
peluang terbaik menerusi Mohd. Kamal Rodiarjat Mohd. Ali pada minit ke-19
tetapi percubaannya melewati palang gol.
Namun begitu, Pahang akhirnya
berjaya menemui sentuhan gol apabila sepakan percuma ketua pasukan, Rosdi Talib
berjaya disempurnakan oleh pemain import kelahiran Maghribi, Tarik Al-Janaby
yang menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-60.
Gol kemenangan Mohun Bagan
dijaringkan oleh Bhutia pada minit ke 74.
Sementara itu, dalam saingan
Kumpulan D di Stadium Kebangsaan Male, Maldives, Negeri Sembilan sekadar
mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Victory SC.
Ini adalah keputusan seri kedua
buat Negeri Sembilan selepas terikat tanpa jaringan berdepan Hoa Pat Hanoi dari
Vietnam, 6 Mac lalu sekaligus kekal di tangga kedua di belakang pendahulu
Ziangxue Sun Hei dari Hong Kong dengan mengutip dua mata.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4tPcmJmnu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan