PEMAIN Melaka United, Surendran
Ravindran (depan) diasak pemain Pahang, Jaewon Heo (belakang) ketika perlawanan
saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI
ZUBER
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my
Melaka: Pahang berjaya
meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Melaka United (MU) 3-1 pada aksi
Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.
Malah Pahang membuka jaringan
awal menerusi Joseph Kalang Tie minit ke-21 untuk selesa menekan tuan rumah
yang memburu kemenangan.
Gol kedua pelawat hadir
menerusi tandukan Matheus Leandro minit ke-43 sudah cukup selesa buat Pahang
mendahului MU sebelum ke bilik persalinan.
Tanpa kelibat kapten pasukan
Ilja Spasojevic ancaman MU ke gawang pelawat kurang tajam dengan hanya dua
percubaan dilakukan tuan rumah pada babak pertama iaitu tandukan import Korea
Jeon Woo Young minit ke-4 hasil hantaran R Surendran, namun tinggi melepasi
palang gol pelawat.
Diikuti rembatan G Puneswaran
minit ke-27 sekadar tepat ke dakapan penjaga gol Wan Muhammad Azraei Wan Teh.
Bagaimanapun Tok Gajah turut
memiliki dua peluang menerusi import Brazil Matheus Leandro minit ke-7 dan
Ashaari Samsudin minit ke-9, namun tidak berhasil.
Babak kedua menyaksikan
tandukan pemain gantian Ahmad Khuzaimi Piee minit ke-52 diselamatkan penjaga
gol Pahang Wan Muhammad Azraei.
Namun pelawat menambah jaringan
ketiga pada minit ke-56 menerusi tolakan Sumareh Mohamadou menghukum kesilapan
benteng tuan rumah.
Gol saguhati MU hadir minit
ke-89 menerusi Ahmad Khuzaimi Piee.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 11:17 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan