Matias Conti
KUANTAN - Tok Gajah kini
bersiap sedia untuk menggempur kubu PKNS sekali gus mencipta kemenangan bagi
memastikan mereka layak ke saingan separuh akhir Piala Malaysia musim ini.
Kemenangan 3-2 pada perlawanan
suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, di sini Jumaat lalu menjadi
pemangkin untuk skuad kendalian Dollah Salleh itu menjinakkan PKNS di Shah Alam
pada Jumaat ini.
Ketua pasukan Pahang,
Jalaluddin Jaafar berkata, semua pemain sudah bersedia dengan mental dan
fizikal untuk melakar satu lagi kemenangan sekali gus menyingkirkan anak buah
Abdul Rahman Ibrahim dalam saingan kali ini.
Semua pemain dalam keadaan
baik termasuk Mohd. Azamudin Mohd. Akil yang sudah pulih daripada kecederaan.
Kehadiran semula Mohd Hafiz
Kamal dan Mohd. Saiful Nizam Miswan akan meningkatkan lagi semangat juang kami
untuk ke saingan separuh akhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini,
semalam.
Menurutnya, kebangkitan
penyerang import Pahang, Matias Conti yang mencipta hatrik ketika membenam PKNS
Jumaat lalu membuktikan pasukannya begitu optimis untuk menang.
Bagaimanapun katanya, Tok Gajah
tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Conti kerana penyerang dari Argentina
itu pasti akan dirantai oleh pertahanan PKNS, Jumaat ini.
PKNS pasti mengawal ketat
Conti dan kita perlu bijak untuk menggunakan semua peluang yang terhidang untuk
menjaringkan gol," ujarnya.
Jalaluddin berkata, mereka
perlu memperkemaskan lagi bahagian tengah dan pertahanan agar tidak mudah
dirobek oleh lawan terutama penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131003/su_08/Tok-Gajah-sedia-amukan-kedua#ixzz2gfRyU4w9©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan