Liga Super PahangPenang
PEMAIN pertahanan Pahang, Mohd.
Afif Amiruddin (kiri) mengawal kemas pergerakan pemain pasukan Pulau Pinang,
Muhamad Faizat Mohamad Ghazli (kanan) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul
Makmur di Kuantan, Pahang malam ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
MOHAMAD SHOFI MAT ISA
18 Februari 2017 11:08 PM
KUANTAN 18 Feb. - Pahang
berpesta gol apabila menewaskan Pulau Pinang 6-1 dalam saingan Liga Super di
Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
Keputusan itu juga menyaksikan
skuad Harimau Kumbang menempah kekalahan kali kelima berturut-turut.
Tuan rumah memperoleh gol
pertama menerusi jaringan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit
ke-16.
Lapan minit selepas jaringan
pembukaan itu, skuad Tok Gajah yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh menambah
jaringan menerusi rembatan cantik Wan Zaharulnizam.
Pada minit ke-31, Pulau Pinang
dihadiahkan sepakan percuma tidak jauh daripada kawasan kotak penalti Tok Gajah
yang diambil oleh Diogo Alexandre Alves Ferreira.
Bola sepakan percuma Alves
Ferreira itu singgah di kepala Reinaldo Lobo yang melakukan tandukan ke penjuru
kanan gawang tuan rumah sebelum ditanduk Nigel Dabingyaba yang tidak dikawal
untuk Pulau Pinang merapatkan kedudukan 2-1.
Pada minit ke-61, Dollah
mengeluarkan Ahmad Syamim Yahya yang mengalami kecederaan dan menggantikan
pemain itu dengan Joseph Kalang Tie.
Kalang Tie membalas kepercayaan
yang diberikan Dollah apabila menjaringkan gol ketiga Tok Gajah pada minit
ke-66 menerusi sentuhan pertamanya selepas menerima hantaran cantik daripada
Sumareh.
Alves menambah derita skuad
Harimau Kumbang apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Ashaari Samsudin
pada minit ke-72 untuk gol keempat Tok Gajah.
Ashaari menambah dua lagi
jaringan Pahang pada minit ke-84 dan ke-86 yang melengkapkan malam cemerlang
skuad Tok Gajah. -UTUSAN ONLINE 21.2.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan