20 Februari 2017 12:27 AM
KUANTAN 19 Feb. – Kemenangan
besar 6-1 ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di
sini semalam belum cukup untuk membuatkan pengendali skuad Tok Gajah, Dollah
Salleh berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.
Penjaring gol Pahang, Mohamad
Ashari Samsudin (kiri) meraikan
Penjaring gol Pahang, Mohamad
Ashari Samsudin (kiri) meraikan
Bekas pemain skuad kebangsaan
itu berkata, Pahang belum mencapai tahap konsisten sebagaimana disasarkan
berdasarkan persembahan dan keputusan yang dicatatkan pasukan itu pada awal
saingan Liga Super serta Piala FA musim ini.
“Tidak dinafikan Tok Gajah
berjaya mencatat beberapa kemenangan besar tetapi ketika Pahang menentang Kedah
baru-baru ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Masih terlalu awal untuk
membuat sebarang rumusan. Cuma saya mengharapkan kemenangan besar ke atas Pulau
Pinang dapat membakar semangat pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya
ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.
Tok Gajah memperoleh jaringan
menerusi Mohamadou Sumareh pada minit ke-16, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
(minit ke-24), Joseph Kalang Tie (minit ke-66), Matheus Alves (minit ke-72) dan
dua gol daripada Ashaari Samsudin pada minit ke-84 dan ke-86.
Gol tunggal Pulau Pinang
dijaringkan penyerang importnya, Nigel Dabingyaba pada minit ke-31.
Dollah berkata, kelekaan pemain
mengawal pihak lawan adalah antara kelemahan dalam pasukan Tok Gajah terutama
ketika perlawanan bertemu skuad Harimau Kumbang yang menyaksikan Dabingyaba
mudah menjaringkan gol.
“Pada separuh masa pertama,
Pahang dilihat banyak bergantung kepada penyerang untuk menghasilkan gol
sedangkan bahagian tengah sepatutnya membantu menggerakkan jentera serangan.
“Apabila saya menasihatkan
mereka tentang kelemahan ini, kita boleh lihat perubahan corak serangan Pahang
sehingga saya yakin mereka boleh mencipta lebih banyak gol,” katanya.
SUMBER Utusan Malaysia online
19.2.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan