28 JANUARI
2017
Tok Gajah
(pahang)
KEJAYAAN
Pahang menumbangkan T-Team dengan jaringan besar di Stadium Darul Makmur di
sini malam tadi bukan tiket buat skuad Tok Gajah untuk berasa selesa dan
mendabik dada dalam mengharungi perlawanan Liga Super musim ini.
Pengendalinya
Dollah Salleh berkata, meskipun para pemain telah mempamerkan prestasi amat
baik 5-0 ke atas T-Team, namun keupayaan anak buahnya masih belum teruji
sepenuhnya selagi tidak bertemu pasukan elit.
"Persembahan
Pahang adalah membanggakan dan ia lebih baik berbanding pertemuan dengan Perak
sebelum ini.
"Namun,
selagi Pahang tidak bertemu pasukan hebat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT),
Kedah dan Selangor, kita tidak dapat menilai kekuatan kita yang sebenar,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan berkenaan.
Dollah
berkata beliau secara keseluruhannya gembira kerana lima jaringan itu
melangkaui tiga gol yang disasarkan, yang menurutnya ia hasil keserasian
dicapai antara pemain import dengan pemain tempatan. –Bernama
Sumber-SINAR
HARIAN ONLINE 28 JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan