BENTENG Pahang berjaya menyekat
asakan pemain Perak Thiago Junior (jersi kuning).
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Pemain tengah Pahang,
Syamim Yahya gembira kerana jaringannya ketika skuad itu seri 1-1 dengan Perak
Sabtu lalu membantu Pahang membawa pulang satu mata.
Pemain berasal dari Raub itu
berkata, kerjasama rakan sepasukan juga menjadi faktor kejayaan skuad Tok Gajah
untuk mencuri satu mata pada aksi pembukaan Liga Super.
Tiada yang lebih bermakna
kerana keutamaan adalah memastikan skuad itu tidak terlepas sebarang mata pada
setiap perlawanan, katanya.
“Bukan pencapaian individu saya
mahukan termasuk pemain mana yang menjaringkan gol kerana keutamaan adalah
memastikan kejayaan buat pasukan.
“Apapun kami gembira kerana aksi
pertama liga di tempat lawan, Pahang berjaya mencuri satu mata sebagai
penyuntik semangat untuk beraksi lebih baik pada perlawanan kedua nanti,”
katanya semalam.
Mengulas perpindahan ke Pahang
musim ini, Syamim yang juga bekas pemain FELDA United mengharapkan keputusan
itu akan membantunya meraih kejayaan bersama pasukan baru.
Selepas tiga musim bersama The
Fighters sejak 2014 tanpa sebarang kejuaraan, kehadirannya dalam skuad Tok
Gajah diharap mendapat keputusan positif.
“Bukan semata-mata saya anak
Pahang tapi ia lebih kepada mengembalikan kegemilangan skuad itu yang suram
musim lalu, perubahan dilakukan musim ini diharap membantu menaikkan kembali
Pahang.
“Sebagai pemain, saya akan
berusaha untuk beraksi pada tahap terbaik dan dengan sokongan padu rakan
sepasukan, Pahang akan menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini,”
ujarnya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 24 January 2017 @ 11:11 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan