WARTAWAN SINAR HARIAN
23 JANUARI 2017
Dollah puas hati prestasi
pemain Tok Gajah Pemain Pahang, Faisal Rosli diasak pemain Perak ketika
perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.
PENGENDALI Pahang, Dollah
Salleh tetap berpuas hati prestasi dipamerkan anak buahnya meskipun sekadar
seri 1-1 ketika berkunjung ke Ipoh menentang Perak aksi pertama Liga Super,
kelmarin.
Bagi Dollah, keputusan itu
tetap dianggap istimewa dan mahu dijadikan pencetus semangat untuk mereka
beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang,
"Pertama kali,
Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik di sini. Walaupun mereka gagal pertahan
gol awal tetapi yang penting mereka berusaha sehingga ke saat akhir permainan.
"Saya berterima kasih
kepada pemain kerana berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing,"
katanya.
Pada aksi di Stadium Perak itu, Pahang mendahului skuad bimbingan
Karl-Heinz Weigang apabila Ahmad Shamim Yahya meledak gol pembukaan selepas
menyempurnakan hantaran Mohamadou Sumareh.
Bagaimanapun, tuan rumah
bangkit apabila Thiago menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-68 untuk
membolehkan tuan rumah berkongsi mata
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23
JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan