MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh
memuji komitmen barisan pemain muda skuad itu yang bakal berdepan pengalaman
baru beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Bekas pemain kebangsaan itu
berkata, setakat ini, segalanya dilihat positif berdasarkan prestasi dan
semangat yang dipersembahkan ketika latihan dan beberapa aksi persahabatan.
“Saya gembira dengan komitmen
mereka (pemain muda) yang berusaha meningkatkan prestasi terutama dari segi
permainan dan bersaing dengan pemain lebih berpengalaman.
“Kesungguhan mereka itu diharap
memberi lebih keyakinan kerana ada dalam kalangan mereka baru kali pertama di
Liga M terutama bersaing di pentas Liga Super.
“Cuma perbezaannya ialah mereka
tidak mempunyai pengalaman kerana sebelum ini beraksi dalam Piala Presiden.
Tapi saya mengharapkan komitmen tinggi dapat dipersembahkan,” katanya.
Antara pemain muda yang dijangka
menyerlah ialah Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, 23 yang bermain di
bahagian serangan.
Musim lalu, Zuhair Aizat Mohd
Nazri, 24 dan Shahrul Nizam Mohd Nadzir, 24 sudah membuktikan kehadiran mereka
turut memainkan peranan terutama di bahagian tengah.
Dengan kerjasama dan persefahaman
pemain berpengalaman, termausk import, skuad Tok Gajah tdijangka tidak berdepan
masalah untuk mengekalkan prestasi terbaik dan menyakinkan.
Musim lalu, Pahang muncul naib
juara Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 8 Februari 2020 @ 10:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan