MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
‘ORANG Besi’ Pahang, Dickson
Nwakaeme hampir pasti bersama skuad Tok Gajah untuk saingan liga musim 2020
berikutan perbincangan bersama pihak pengurusan dan pemain itu sudah berada di
peringkat akhir.
Sumber daripada pengurusan Pahang
berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan berkaitan pembayaran gaji
kepada pemain berasal dari Nigeria itu.
Beliau berkata, Pahang yang
mengamalkan perbelanjaan secara berhemah musim ini tidak mahu membayar
terlampau mahal kepada pemain berkenaan sekali gus mendatangkan masalah pada
masa akan datang.
“Pihak pengurusan sudah
mengadakan perbincangan pada peringkat akhir dengan meminta pengurangan bayaran
gaji pemain terbabit untuk musim ini.
“Jika segalanya berjalan lancar,
Nwakaeme akan kembali menguatkan jentera serangan Pahang pada musim ini.
“Seperti sedia maklum, Nwakaeme
adalah ikon kepada pemain dan penyokong Pahang seterusnya mampu membantu skuad
Tok Gajah mencipta kejayaan pada musim ini,” katanya.
Musim lalu, Nwakaeme membuktikan
dia penyerang berbisa selepas meledak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan
gol dalam saingan Piala Malaysia.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 8 Februari 2020 @ 6:01 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan