MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN Pahang, Mohamadou Sumareh
percaya tiga import baru skuad itu mampu menyerlah bagi menghadapi saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim ini.
Sumareh berkata, penampilan
mereka bakal disaksikan apabila skuad Tok Gajah menerima kunjungan Selangor
pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.
“Inilah masanya mereka akan
memberikan segalanya buat Pahang biarpun baru bersama pasukan. Tapi dengan
pengalaman yang ada sudah pasti mereka dapat melakukan yang terbaik.
“Saya juga berpuas hati dengan
komitmen mereka dan rakan lain untuk memastikan Pahang beroleh kejayaan
bermakna musim ini.
“Biarpun kami digandingkan agak
lewat dan hanya mengadakan beberapa perlawanan persahabatan, kami akan
memberikan yang terbaik,” kata pemain berumur 25 tahun itu.
Tiga pemain import baru skuad Tok
Gajah musim ini ialah Ivan Carlos dari Brazil, Adam Reed (Filipina) dan Khalil
Khamis (Lubnan), masing-masing bertindak selaku penyerang, pemain tengah dan
pertahanan.
Dua pemain import musim lalu yang
kekal ialah Dickson Nwakaeme dari nigeria dan Herold Goulon (Perancis).
Ditanya pertemuan dengan Red
Giants Sabtu ini, Sumareh tidak menafikan cabaran besar bakal menanti skuad itu
memandangkan lawan turut menyenaraikan Safuwan Baharudin yang juga bekas rakan
sepasukan.
Namun, katanya, skuad itu akan
memastikan perlawanan pertama Liga Super akan memihak kepada Pahang sekali gus
mengutip tiga mata.
“Oleh itu sokongan padu peminat
dinantikan untuk memberi semangat kepada kami beroleh kemenangan ke atas
Selangor,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 27 Februari 2020 @ 5:14 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan