MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh
mengesahkan dua pemain pinjaman, Fazly Mazlan dan S Kumaahran dari Johor Darul
Ta’zim (JDT) masih belum bersama skuad berkenaan.
Namun, Dollah berkata, dua pemain
itu sah menyarung jersi Pahang sekali gus diyakini mampu memperkemaskan skuad
itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Setakat ini, Fazly dan Kumaahran
belum lagi tiba di sini (Kuantan) untuk bersama rakan lain menjalani latihan.
Saya jangkakan mereka akan tiba minggu ini.
“Pada masa sama, status dua
pemain ini juga hasil perbincangan antara Tengku Abbdul Rahman Sultan Ahmad
Shah (Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Tunku Ismail Sultan
Ibrahim (pemilik kelab bola sepak JDT.
“Saya kini hanya menunggu
kehadiran mereka dalam memperkemaskan lagi persediaan Pahang sebaik Liga Super
membuka tirai pada 28 Februari ini,” katanya.
Pahang akan memulakan saingan
Liga Super apabila melayan kunjungan Selangor di Stadium Darulmakmur, 29
Februari ini.
Baru-baru ini, Pengarah Teknikal
JDT, Alistair Edwards mengumumkan dua pemain mereka, Fazly Mazlan dan S.
Kumaahran dipinjamkan kepada Pahang untuk saingan Liga M 2020.
“Kelab Bolasepak JDT mengucapkan
selamat maju jaya kepada Fazly dan Kumaahran yang akan beraksi bersama Pahang
secara pinjaman,” katanya dalam kenyataan itu.
Musim lalu, Fazly dan Kumaahran
bermain dengan JDT II yang turut membantu kelab itu muncul juara Piala Cabaran.
Dengan pengalaman mereka yang
pernah menyarung jersi Harimau Malaya, ia sudah pasti membantu Dollah dalam
membentuk pasukan lebih mantap.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 6 Februari 2020 @ 8:49 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan