Rabu, 15 April 2015 | 10:49pm
South China menewaskan Pahang 3-1
dalam saingan Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini. -
Foto ihsan laman web AFC
KUALA LUMPUR: Pahang mengalami
kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) selepas kecundang 3-1 kepada wakil Hong Kong, South China di Stadium Mongkok,
Hong Kong, malam ini.
Kemenangan keempat diraih oleh
South China membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan
dengan kutipan 12 mata selepas empat perlawanan manakala Pahang kekal di tangga
kedua dengan empat mata.
Pada aksi yang disiarkan secara
langsung oleh sebuah televisyen berbayar itu, Chan Siu Kwan meletakkan South
China di hadapan menerusi gol seawal minit ke-10 selepas mengambil kesempatan
keadaan kelam kabut di depan pintu gol Pahang dan keputusan tersebut kekal sehingga
berakhirnya babak pertama perlawanan.
Bersambung separuh masa kedua,
South China terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pahang dan
hasilnya, Lo Kong Wai menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit
ke-56 menerusi serangan pantas ke kubu Pahang.
Selang tiga minit kemudian,
pemain naturalisasi Hong Kong, Jonathan Jack Sealy menambah derita pasukan
Pahang dengan gol ketiga selepas memperdayakan pertahanan sebelum melepaskan
rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.
Penyerang import dari Nigeria,
Dickson Nwakaeme bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan untuk Pahang pada
minit ke-62 selepas menyempurnakan hantaran daripada Matias Conti.
Dalam satu lagi aksi Kumpulan G,
kelab dari Filipina, Global FC meraih kemenangan sulung selepas empat
perlawanan selepas menang 4-1 ke atas wakil Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium
Philippine Sports, Manila.
Pahang akan melayan kunjungan
Yadanarbon FC pada aksi keempat kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan
manakala South China menentang Global FC di Stadium Mongkok.
Kedua-dua perlawanan berlangsung
pada 29 April ini. – BERNAMA.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan