Sukan
Sabtu, 12 Disember 2015 | 7:15am
Hafiz mahu tinggalkan Tok Gajah
Oleh Mohd Rafi Mamat
bhsukan@bh.com
PEMAIN tengah Pahang, Mohd Hafiz
Kamal. - Foto Mohd Rafi Mamat
KUANTAN: Pemain tengah Pahang,
Mohd Hafiz Kamal, memutuskan untuk menyertai pasukan baharu dalam saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim depan selepas empat musim mengemudi jentera tengah
skuad Tok Gajah hingga berjaya merangkul pelbagai kejayaan bermakna.
"Saya terpaksa membuat
keputusan meninggalkan Tok Gajah selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang
(PBNP) dilihat seperti tidak berminat menyambung kontrak saya yang berakhir
bulan ini.
"PBNP sepatutnya sudah
menawarkan kontrak baharu kepada pemain bagi memberi peluang kepada kami
membuat pilihan hala tuju kami pada musim depan.
"Bagi memastikan peluang
beraksi dalam Liga M musim depan tidak terjejas, lebih baik saya mencuba nasib
dengan pasukan baharu," katanya yang sebelum ini pernah beraksi dengan
pasukan Shahzan Muda.
Mohd Hafiz berkata, beliau
menerima tiga tawaran daripada pasukan negeri pada musim depan, namun belum
membuat keputusan bagi mengelak sebarang masalah.
"Saya masih sayangkan Tok
Gajah, yang begitu banyak mencetuskan kenangan manis dalam kerjaya bola sepak
saya, namun disebabkan sikap membisu pegawai PBNP, saya terpaksa buat tindakan
drastik," katanya.
Katanya, dengan berbaki beberapa
minggu lagi sebelum kontrak tamat, PBNP masih lagi tidak memutuskan sama ada
mahu melanjutkan kontrak atau menamatkannya.
"Bukan saya seorang sahaja
memutuskan untuk meninggalkan Tok Gajah musim depan, beberapa pemain tempatan
dan import juga mahu mencari pasukan baharu.
"Mungkin jodoh kami dengan
Pahang sudah berakhir...saya berharap peminat setia Tok Gajah dapat menerima
dengan hati yang terbuka dan tidak melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas
kepada kami," katanya.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan