Sukan
Rabu, 25 Februari 2015 | 8:08pm
Piala AFC: Gopinathan wira Pahang
benam Yadanarbon 3-2
Pemain Pahang, R Gopinathan. -
Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Pahang membuka
langkah kanan dalam kancah bola sepak Piala AFC selepas menewaskan Yadanarbon
FC 3-2 dalam perlawanan pertama Kumpulan G di Stadium Mandalar Thiri di
Mandalay, Myanmar, petang ini.
Wira pasukan adalah R Gopinathan
yang meledakkan gol kemenangan seminit sebelum tamat permainan ketika anak
didik Zainal Abidin Hassan seperti nyaris mahu pulang berbekal satu mata pada
kedudukan 2-2.
Dua gol lain skuad Tok Gajah
adalah sumbangan Dickson Nwakaeme pada minit ke-6 dan 13 manakala jaringan tuan
rumah menyusul daripada gol sendiri pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart
pada minit ke-41 dan sepakan penalti oleh Djawa Maximin pada minit ke-57.
Pahang juga bermain dengan
bekalan 10 pemain selepas Razman Roslan dilayangkan kad merah pada minit ke-56
selepas satu kekasaran dalam kotak penalti.
Satu lagi perlawanan Kumpulan G
membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong pada lewat
hari ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.
Pahang akan menerima kunjungan
Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala
South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong.
Kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan