Sukan
Rabu, 29 April 2015 | 10:59pm
PEMAIN Pahang meraikan gol keenam
jaringan D.Saarvindran (kiri) ketika menentang Yadanarbon FC pada perlawanan
kumpulan G Liga AFC 2015 di Stadium Darul Makmur. - Foto Luqman Hakim Zubir
Piala AFC: Pahang hidup peluang
benam Yadanarbon 7-4
KUANTAN: Pahang kembali
menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC 2015
selepas berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan kelab Myanmar, Yadanarbon 7-4
pada aksi Kumpulan G di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Skuad kendalian Zainal Abidin
Hassan itu mendahului 3-1 pada separuh masa pertama menerusi dua jaringan
Dickson Nwakaeme pada minit keenam dan ke-31 serta Matias Conti minit ke-17
tetapi dibalas pelawat menerusi Djedje Maximin Djawa, minit ke-45.
Pahang kembali menjarakkan jurang
gol menerusi penyudah pemain gantian, D Saarvindran pada minit ke-47 untuk gol
keempat tuan rumah, namun Yadanarbon merapatkan kedudukan 4-2 hasil jaringan
Hlaing Bo Bo, minit ke-57.
Nwakaeme melengkapkan hatriknya
apabila menanduk masuk gol kelima Pahang pada minit ke-59 tetapi Yadanarbon
sekali lagi merapatkan kedudukan 5-3 juga menerusi jaringan Bo Bo, minit ke-67.
Namun Pahang terus garang apabila
menambah dua lagi gol menerusi Hafiz Kamal pada minit ke-85 dan jaringan kedua
peribadi Saarvindran, minit ke-87 sebelum Yadanarbon sempat juga membalas gol
keempat hasil jaringan Win Naing Soe pada masa kecederaan.
Pada satu lagi perlawanan di
Stadium Mongkok, Hong Kong, pendahulu kumpulan, South China terus cemerlang
merakam kemenangan kelima berturut-turut menewaskan kelab Filipina, Global 3-0
menerusi jaringan Cheng Lai Hin pada minit ke-39, Bojan Malisic mini ke-54 dan
Daniel McBreen minit ke-90.
Selepas lima perlawanan, South
China yang sudah layak ke pusingan kedua kalah mati di tangga teratas Kumpulan
G dengan 15 mata diikuti Pahang (7), Global (4) dan Yadanarbon (3).
Pahang memerlukan
sekurang-kurangnya seri apabila bertemu Global pada aksi terakhir kumpulan di
Manila, 13 Mei ini untuk menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan bagi
mengiringi South China ke pusingan kedua kalah mati.
Namun jika Pahang tewas, Global
akan menyamai tujuh mata tetapi kelab Filipina itu yang akan layak menerusi
peraturan head-to-head melibatkan kedua-dua pasukan itu selepas pertemuan di
Kuantan sebelum ini berkesudahan seri 0-0.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan