Asrol Awang
sukanteam@hmetro.com.my
SERING dibayangi senior, pemain
muda Pahang, R Dinesh sudah sedia untuk berada dalam skuad utama pada saingan
Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Dinesh yang juga pemain skuad
bawah 23 (B-23) negara berkata, sudah tiba masanya dia menyakinkan jurulatih,
Dollah Salleh untuk berada dalam kesebelasan utama.
“Harapan saya untuk musim ini
ialah merebut tempat dalam kesebelasan utama Pahang biarpun perlu bersaing
dengan pemain lebih senior terutama Mohd Faisal Rosli.
“Jika mendapat peluang, saya akan
memberi persembahan yang terbaik dan komitmen 100 peratus dalam usaha membantu
Pahang melakar kejayaan terbaik musim ini.
“Pengalaman saya bersama skuad
bawah 23 negara sungguh bermakna dan banyak yang dipelajari bersama Datuk Ong
Kim Swee . Dengan pengalaman ini saya akan mempersembahkan sebaik mungkin
apabila diberi peluang memikul amanah itu,” katanya.
Sebelum ini, pemain kelahiran
Setapak, Kuala Lumpur itu sering dibayangi dua pemain senior iaitu Faisal dan
Zubir Azmi di posisi pertahanan kiri skuad Tok Gajah.
Namun, ketiadaan Zubir yang
berhijrah ke pasukan baharu bakal menyaksikan Dinesh hanya perlu berebut posisi
itu dengan Faizal sebaik Liga M bermula 28 Februari depan.
Sebagai pemain yang sudah bersama
Pahang selama lima musim sejak 2016, bekas pemain Harimau Muda C itu tekad
untuk tampil lebih banyak perlawanan bersama Pahang musim ini.
Justeru, Dinesh mengharapkan
kejayaan manis dapat diraih skuad Pahang musim ini selepas gagal menjulang
sebarang piala musim lalu.
“Dengan komitmen tinggi, saya dan
rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik ,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 18 January 2020 @ 7:27 PM