SUKAN»Bola
Khamis, 9 November 2017 | 1:37pm
SEBAHAGIAN lapan pemain Pahang
yang digugurkan bagi menghadapi saingan musim depan, dari kiri; Heo Jaewon,
Ahmad Syamim Yahya, Joseph Kallang Tie dan Ashari Samsuddin. - Foto Hazreen
Mohamad
Tok Gajah sah gugur lapan pemain
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Persatuan Bolasepak
Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan lapan pemain musim ini digugurkan sebagai
persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Menerusi kenyataan rasmi laman
Facebook Pahang FA, pemain yang digugurkan adalah penjaga gol utama, Wan Azraie
Wan Teh, Saiful Nizam Miswan, Heo Jaewon dan Nordin Alias, masing-masing di
posisi pertahanan.
Selain itu, Ahmad Syamim Yahya,
Joseph Kallang Tie dan Nurridzuan Abu Hassan yang beraksi di bahagian tengah
manakala Ashari Samsuddin (penyerang).
Dengan pengesahan itu, skuad Tok
Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu
Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero
(Argentina).
Pemain lain yang dikekalkan
adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan,
Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif
Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim
Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.
Setakat ini, hanya Wan Azraie
mengesahkan kembali menyarung jersi Terengganu manakala tujuh lagi pemain tidak
dapat disahkan pasukan baharu yang bakal mereka sertai musim depan.
Menerusi kenyataan itu juga,
pihak pengurusan PBNP, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan lapan
pemain berkenaan berjaya bersama pasukan baharu.
PENCAPAIAN skuad Tok Gajah musim
ini sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke
suku akhir Piala Malaysia. - Foto Farizul Hafiz Awang
Musim ini, Pahang melakukan
rombakan besar dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk
mengembalikan status pasukan yang digeruni.
Namun, skuad kendalian Dollah
Salleh itu gagal untuk mengucup piala berprestij musim ini.
Berdasarkan pencapaian musim ini,
skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super
dan layak ke suku akhir Piala Malaysia.
Tetapi, pencapaian itu lebih baik
berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga
Perdana.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
9 November 2017 | 1:37pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan