ARKIB : 21/04/2008
KUANTAN - Persembahan
meyakinkan ketika menewaskan Perlis 1-0 dalam saingan Liga Super semalam
memberi harapan buat Pahang yang bakal berhadapan dengan Sabah dalam pusingan
kedua Piala FA di Likas esok, lapor YUSRI SAHAT.
Kemenangan ke atas Sabah
dianggap misi penting bagi meneruskan sisa perjuangan Juara Piala FA 2006 itu
yang kini kempunan untuk muncul antara pasukan terbaik dalam saingan Liga Super
musim ini.
Namun, menurut Zainal Abidin,
bekalan 3-1 ketika menang di sini pada pusingan pertama Piala FA 8 April lalu,
bukan jaminan untuk Pahang melangkah ke peringkat seterusnya.
''Kita masih ada 90 minit lagi
untuk menghadapi Sabah dan pasukan itu pasti akan bermati-matian untuk
menewaskan Pahang.
''Perlawanan Liga Super malam
ini (kelmarin) merupakan persediaan Pahang untuk berdepan dengan Sabah dalam
saingan Piala FA," jelasnya.
Beliau turut berpuas hati
dengan persembahan V. Saravanan yang buat pertama kali diturunkan selepas
direhatkan dalam banyak perlawanan sebelum ini.
Dengan corak permainan yang
ditunjukkan Saravanan itu, beliau tidak menolak kemungkinan pemain itu akan
diturunkan untuk bertemu Sabah nanti.
Zainal turut lega apabila
pemain pertahanan importnya, Keita Baubacar akan dapat diturunkan semula pada
pertemuan itu nanti selepas hukuman gantung tiga perlawanan tamat.
Bagaimanapun, Zainal Abidin
memberitahu, pihaknya mungkin akan membuat sedikit rombakan terutama pada
bahagian pertahanan dan tengah sebelum bertemu Sabah.
Mengulas persembahan Pahang
sepanjang saingan Liga Super musim ini, katanya, pasukannya disifatkan lambat
panas apabila menunjukkan persembahan yang kurang memberangsangkan.
''Namun sejak akhir-akhir ini,
Pahang mula menunjukkan peningkatan tetapi itu semua sudah terlambat,"
katanya.
Pahang yang kini menduduki
tempat kelapan dalam Liga Super masih mempunyai peluang untuk meraih dua lagi
kejuaraan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4z9hZdL82
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan