BARISAN skuad Tok Gajah yang memperagakan jersi baharu pasukan itu dalam
saingan Liga Malaysia 2019 di Dewan Tun Razak di Temerloh, Pahang hari ini. -
UTUSAN ONLINE
M. RIZAL NOR
27 Januari 2019 4:22 PM
TEMERLOH 27 Jan. - Pasukan Pahang hari ini memperkenalkan pemain pasukan
Liga Malaysia 2019 dan melancarkan jersi baharu di Dewan Tun Razak, di sini.
Para penyokong memberikan sorakan bergemuruh apabila para pemain berjalan
menuju ke pentas utama dengan mengenakan jersi baharu jenama Umbro tajaan
Al-Ikhsan Sport.
Skuad Tok Gajah yang dikendalikan oleh Dollah Salleh masih mengekalkan
barisan pemain tempatan musim lalu namun tampil dengan empat pemain import
baharu.
Tiga pemain import baharu akan memperkuatkan jentera serangan iaitu, pemain
dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, Ze Love (Brazil) dan Saddil Ramdani (Indonesia)
dan manakala Herold Goulun dari Perancis akan beraksi di posisi pertahanan.
Pahang ternyata bertuah apabila pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh
diberi kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Program hari ini bermula seawal pukul 9 pagi dengan beberapa aktiviti
sampingan termasuk bola sepak jalanan, timbang bola, permainan E-Sport dan
Panna Ko. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-perkenal-pemain-lancar-jersi-1.830423#ixzz5douXEpH6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan