MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Skuad Pahang akan
menyenaraikan empat pemain import baharu biarpun status Mohamadou Sumareh
selaku pemain tempatan belum disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Setakat ini, skuad kendalian
Dollah Salleh itu mengekalkan pemain import dari Singapura, Safuwan Baharudin
untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Namun, status Sumareh menjadi
tanda tanya kerana MFL sebelum ini
memutuskan pemain kelahiran Gambia itu kekal selaku pemain import
sehingga Mac ini.
Bagaimanapun, Sumareh sudah
menyarung jersi kebangsaan ketika membantu skuad Tan Cheng Hoe muncul naib
juara Piala AFF Disember lalu.
Bagi pengurus skuad Tok Gajah,
Datuk Mohammed Suffian Awang, skuad itu akan menyenaraikan empat pemain import
baharu kerana yakin Sumareh sah sebagai pemain tempatan.
"Kita harap MFL membenarkan
Sumareh beraksi sebagai pemain tempatan kerana dia juga pemain naturalisasi
yang beraksi pada Piala AFF lalu.
"Mengikut perancangan, Pahang akan menyenaraikan dua
penyerang import dan masing-masing seorang di posisi tengah dan
pertahanan," katanya.
November lalu, Pahang membuat
rayuan kepada MFL untuk mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan bagi
saingan Liga M musim 2019.
Sebelum ini, MFL mengesahkan Pahang yang juga juara Piala
FA boleh mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga M musim
2019.
Bagaimanapun, pemain kelahiran
Gambia itu hanya boleh didaftarkan bermula Mac 2019 sekali gus menyaksikan dia
tetap mengisi kuota pemain import pada jendela perpindahan pertama sebelum
boleh bertukar status pada jendela perpindahan kedua.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 8 January 2019 @ 3:54 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan