PEMAIN Kedah menjalani latihan
menjelang perlawanan Sumbangsih menentang JDT di Stadium Mini Taman Ungku Tun
Aminah, Skudai hari ini. - UTUSAN/AISYAH MAZALAN
09 Januari 2019 3:00 AM
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Tindakan
bekas bintang import sensasi Kedah, Liridon Krasniqi menolak tawaran untuk
beraksi bersama Perlis menguatkan spekulasi dia bakal menyarung jersi Pahang
pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain tengah kelahiran Kosovo
itu mengakui, dia tidak dapat menerima tawaran Singa Utara kerana mahu
menyertai pasukan lain dalam Liga M, dan desas-desus mengenai perpindahan
pemain itu ke Pahang timbul selepas dia memuat naik gambar seekor gajah dalam
Instagram.
“Kami menghubungi Liridon,
malangnya dia sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pasukan lain di dalam
Malaysia, tapi bukan Perlis. Jadi, kita terpaksa melupakan hajat untuk
mendapatkan khidmatnya.
“Masa semakin terhad untuk
memilih import dan kami menggunakan saranan daripada penyokong supaya mengambil
pemain import yang pernah bermain di Liga M,” kata Presiden Persatuan Bola
Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dalam sidang akhbar
mengumumkan Matt Holland sebagai pengarah bola sepak Perlis di sini, hari ini.
Seandainya Liridon meneruskan
karier di Malaysia, ia pasti menghidupkan harapan peminat bola sepak tanah air
untuk melihat bintang yang terkenal dengan julukan Mat Don itu menjadi pemain
naturalisasi kedua negara kerana melengkapkan syarat lima tahun beraksi di
Malaysia.
Sementara itu, Ahmad Amizal
berkata, PFA masih berusaha mencari pemain import lain dengan empat atau lima
calon sudah disenarai pendek dan akan ditandatangani sebelum berakhirnya tempoh
pendaftaran pada 20 Februari ini
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-don-sarung-8232-jersi-tok-gajah-1.818704#ixzz5c5CVstX9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan