Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PAHANG layak ke suku akhir Piala
FA selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium
Darul Makmur, di sini sebentar tadi.
Jaringan tunggal pemain import
Gambia, Mohamadou Sumareh pada babak pertama sudah cukup menceriakan penyokong
skuad Tok Gajah.
Namun pasukan tuan rumah terpaksa
mengeluarkan penyerang berbisa, Forkey Doe yang mengalami kecederaan dan
diganti dengan Norshahrul Idlan Talaha untuk memperkasakan jentera serangan.
Ketiadaan Doe ternyata memberi
impak di bahagian serangan walaupun tuan rumah berusaha untuk menguji
pertahanan lawan.
Kedah yang jarang melakukan
serangan memiliki peluang terbaik mereka menerusi Liridon Krasniqi pada minit
ke-24.
Akhirnya, penantian Pahang untuk
mendapat jaringan pendahuluan berhasil selepas Sumareh menewaskan penjaga
gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada
minit ke-45.
Bersambung babak kedua, skuad Tok
Gajah berusaha untuk menambah gol tetapi dinafikan benteng pertahanan lawan.
Skuad Helang Merah kendalian
Ramon Marcote turut melancarkan serangan dan memiliki beberapa peluang tetapi
dinafikan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias dan terpaksa akur gagal
mempertahankan piala itu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 18 Mac 2018 @ 12:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan