SUKAN»Bola
Ahad, 18 March 2018 | 11:57am
PEMAIN Pahang, Matthew Davies
(kiri) dikawal ketat oleh pemain Kedah, Muhamad Akhyar Abdul Rashid dalam
perlawanan pusingan ketiga Piala FA Malaysia 2018 di Stadium Darul Makmur.
-Foto MUHAMMAD ASYRAF SAWAL
Dollah tabik Tok Gajah
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Pengendali Pahang,
Dollah Salleh memuji disiplin tinggi ditunjukkan pemainnya selepas menewaskan
juara bertahan, Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, malam tadi.
Bekas jurulatih kebangsaan itu
berkata, kejayaan skuad Tok Gajah layak ke suku akhir begitu bermakna sekali
gus mencerahkan peluang untuk menjulang trofi berprestij itu.
Malah, katanya, kemenangan itu
juga menebus kembali kekecewaan apabila tewas kepada skuad Helang Merah 2-3
pada aksi final musim lalu.
"Sudah pasti kemenangan ini
menambah lagi keyakinan pasukan untuk menjulang kejuaraan musim ini kerana
Piala FA antara piala yang diidamkan.
"Kami akan pastikan misi
bergelar juara menjadi kenyataan," katanya sejurus tamat perlawanan malam
tadi.
Dalam perlawanan tumpuan itu,
jaringan pemain import Gambia, Mohamadou Sumareh pada hujung babak pertama
memisahkan kedua-dua pasukan.
Mengulas kemenangan tipis 1-0
itu, Dollah mengakui ketiadaan Forkey Doe yang terpaksa dikeluarkan seawal
minit ke-10 memberi kesan terhadap percaturan pasukan.
Katanya, segalanya serba tidak
menjadi dan skuadnya bermain di bawah keupayaan sebenar hingga lawan dilihat
lebih mendominasi perlawanan.
"Bagaimanapun, saya beri
kepujian kepada semua pemain kerana mereka dapat kekalkan disiplin dan
menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Ketika kedudukan 1-0, saya
akui tidak senang duduk kerana Patrick Cruz dan Sumareh juga mengalami
kecederaan tapi masih mampu beraksi.
"Malah saya juga terpaksa
berhati-hati untuk membuat pertukaran pemain kerana bimbang ia memberi kesan
terhadap corak permainan," katanya yang berharap kecederaan Forkey Doe
tidak serius.
SUMBER-BERITA HARAIN ONLINE Ahad,
18 March 2018 | 11:57am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan