ARKIB : 31/12/2008
Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI
KUANTAN - Menjelang Liga Super
musim depan, Pahang meletakkan harapan untuk terus berada dalam saingan liga
itu walaupun mengakui kekuatan pasukan tersebut masih belum mencapai 100
peratus.
Jurulatih Pahang, Tajuddin Nor
berkata, bukan tidak yakin dengan barisan pemain yang ada, sebaliknya hampir 95
peratus barisan pemain yang ditampilkan rata-ratanya masih belum mempunyai
pengalaman beraksi dalam Liga Super.
''Mereka memang kurang dari
segi pengalaman, namun saya kira mereka masih boleh beri tentangan hebat kepada
lawan yang lebih berpengalaman.
''Jika kita peroleh kejayaan
bagi musim akan datang, saya anggap ia sebagai bonus kepada pasukan kami,"
katanya di Kuantan semalam.
Bagi musim baru ini, Pahang
menyenaraikan dua pemain luar dan selebihnya adalah pemain tempatan dengan
sebahagiannya pernah menyarung jersi Shahzan Muda musim lalu.
Katanya lagi, walaupun skuad
Tok Gajah itu dibarisi pemain kurang berpengalaman, itu bukanlah satu cabaran
besar baginya untuk mengendalikan skuad itu.
Mengenai persiapan Pahang
menjelang perlawanan pembukaan Liga Malaysia 3 Januari ini, Tajuddin berkata,
pasukannya telah bersedia dari segi fizikal dan mental.
''Sebelum ini kita dah adakan
tujuh perlawanan persahabatan, tiga daripadanya kita menang, masing-masing dua
seri dan satu tewas.
''Berdasarkan keputusan itu,
saya berpuas hati dengan prestasi pemain, saya percaya mereka juga sudah
bersedia menghadapi cabaran getir," ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51FRY9kUH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan