Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
SKUAD Pahang yang masih kecewa
gagal ke final Piala Malaysia mahu menebusnya pada aksi terakhir Liga Super
apabila melayan Perak di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.
Penolong jurulatih Tok Gajah,
Ahmad Shaharuddin Rosdi berkata, hanya kemenangan ke atas The Bos Gaurus akan
melenyapkan kekecewaan terkandas pada suku akhir piala berprestij itu.
Menurutnya, semua sudah
dilakukan untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah sekali gus
penamat cemerlang dalam saingan liga.
“Bagaimanapun saya akui Perak
yang gagal menempah slot final Piala Malaysia turut sama mahu mengembalikan
keyakinan mereka.
“Dengan beraksi di laman
sendiri dan aksi terakhir liga, keputusan positif sesuatu yang dicari-cari,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
Shaharuddin yang juga bekas
pemain kebangsaan berkata, dengan mengadakan aksi persahabatan menentang
Shahzan Muda sepanjang tempoh rehat turut membantu mengekalkan prestasi setiap
pemain.
Katanya, dari segi kecergasan,
semua pemain berada pada prestasi meyakinkan dan percaya tiga mata yang
diidamkan menjadi kenyataan.
“Apa yang perlu dilakukan
pemain adalah beraksi dengan corak permainan yang diatur dan tidak sesekali
melakukan sebarang kesilapan,” katanya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 5:06 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan