Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
SKUAD Pahang mahu menamatkan
aksi Liga Super musim ini dengan kemenangan ke atas Perak apabila mereka
bertemu di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.
Pemain pertahanan Faisal Rosli
berkata, kemenangan itu diharap mampu menebus kekecewaan apabila gagal melangkah
ke final Piala Malaysia musim ini.
“Kami akan memastikan aksi
terakhir liga ini mampu menang sekali gus menebus kekecewanan pada suku akhir
apabila tewas kepada Perak.
“Latihan intensif termasuk aksi
persahabatan dengan Shahzan Muda FC turut membantu memperkasakan pasukan dalam
usaha menang ke atas The Bos Gaurus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Justeru, pemain kelahiran
Rompin, Pahang itu akan memastikan jentera pertahanan Tok Gajah lebih kebal dan
memastikan lawan pulang dengan kekecewaan.
“Kegagalan Perak melangkah ke
final Piala Malaysia pasti menjejaskan moral mereka tapi kami tetap
berhati-hati untuk memastikan kegembiraan buat Pahang,” katanya.
Musim ini, skuad Tok Gajah
muncul naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada final.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 4:14 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan