ARKIB : 27/10/2007
KUANTAN Pahang menerima
suntikan baru apabila bekas pemain import mereka dari Maghribi, Tarik El Janaby
telah bersetuju menyarung jersi Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga
Malaysia musim 2007/08.
Berita tersebut sudah tentu
memberi kelegaan kepada penyokong Pahang setelah menyaksikan beberapa tonggak
utama pasukan itu meninggalkan Tok Gajah untuk beraksi bersama pasukan lain
pula.
Tarik yang bermain di posisi
tengah telah pun mengadakan pertemuan dengan pengurusan Tok Gajah untuk
membincangkan kedudukannya bersama pasukan Pahang bagi musim baru yang bermula
Disember ini.
Menurut Tarik, dia bakal
beraksi bersama Pahang pada penghujung Disember setelah kontraknya dengan
sebuah kelab Indonesia, Arema Malang tamat pada hujung tahun ini.
Kontrak saya dengan Arema
Malang akan tamat pada hujung tahun ini, sebaik sahaja selesai baki lapan
perlawanan bersama kelab itu, saya akan kembali beraksi dengan Pahang, katanya
ketika ditemui, di sini semalam
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4vkFPLtP7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan