MOHAMADU SUMAREH (kanan) cuba
melepasi halangan pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Super menentang
Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. -
UTUSAN/SYEFRY MONIZ
Rozaidi Zulkifli
01 Februari 2019 11:06 PM
126
KUALA LUMPUR 1 Feb.- Kepulangan
semula penyerang ‘Orang Besi’ dari Nigeria, Dickson Nwakaeme nyata memberi
impak besar buat Pahang apabila Tok Gajah memulakan kempen Liga Super dengan
membenam Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Dickson, 32, nyata tidak kekok
biarpun baru kembali ke Malaysia apabila meledak dua gol pada minit ke-53 dan
minit terakhir permainan.
Pahang, antara pasukan pilihan
untuk mencabar kejauraan Liga Super musim ini terlebih dahulu membuka tirai
jaringan menerusi pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-24.
Pasukan pelawat yang mempunyai
banyak peluang bagaimanapun gagal membolosi gawang Kuala Lumpur ekoran
kecemerlangan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli dan kedudukan 1-0
kekal pada babak pertama.
Kuala Lumpur cuba bermain lebih
agresif pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi
sepakan voli Afiq Ahmad Razali hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung.
Begitupun, Nwakaeme tidak
menunggu lama untuk kembali meletakkan Tok Gajah di depan apabila memanfaatkan
kesilapan Sharbinee yang gagal mengeluarkan bola hantaran silang Mohamadou
Sumareh dengan kemas untuk gol kedua Pahang pada minit ke-53.
Penyerang Nigeria itu mencetak
gol kedua peribadinya menerusi gerakan solo di hujung permainan bagi memastikan
tiga mata berharga dibawa pulang oleh Pahang. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-orang-besi-8217-pahang-kembali-mengganas-1.834001#ixzz5eITJ1QYu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan