ROSILAWATI ROSEDI
14 Disember 2013
Liga Malaysia 2014: Smith perlu
masa Penyerang Jimmy Mulissa (tengah) mencuba nasib bersama Pahang. - Foto:
Mohd Khairul Azrin
PENGENDALI baharu Pahang,
Ronald Smith mengakui persediaan Tok Gajah bagi menghadapi kempen Liga Malaysia
(Liga-M) 2014 berdepan sedikit kesulitan berikutan baru bersama skuad tersebut
minggu ini, lapor ROSILAWATI ROSEDI.
Pengendali berusia 64 tahun itu
memberitahu, beliau tidak mempunyai masa yang cukup panjang bagi membina skuad
mantap memandangkan saingan Liga M bakal membuka tirainya, 18 Januari depan.
Juara Piala Malaysia 2013 itu
bakal bertemu Singapura dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Darul
Makmur. 14 Januari depan.
Namun, beliau tetap optimis dan
akan memastikan persediaan sebaik mungkin bagi pasukan itu untuk menghadapi
musim baharu liga domestik, tahun depan.
"Keserasian dan pengalaman
dimiliki pemain Pahang memberi satu kelebihan buat saya. Dengan majoriti 90 peratus
muka lama pemain dikekalkan, saya perlu memperbaiki dan mempertajam apa yang
perlu selain menggandakan latihan,” kata Smith.
Dalam pada itu, penolong
jurulatih, Zainal Abidin Hassan tidak memberi jawapan jelas mengenai hala tuju
import Argentina, Matias Conti yang dikatakan tidak bersama Pahang untuk musim
depan walaupun sebelum ini namanya disenaraikan dalam pasukan itu.
Pada masa sama, Zainal juga
menafikan pemain tengah iaitu Amirulhadi Zainal dikatakan membuat u-turn untuk
menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk musim depan.
“Dia sudah menandatangani
kontrak bersama Pahang dan buktinya hari ini (kelmarin) ada menyertai
perlawanan persahabatan (menentang Shahzan Muda) ini,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan