MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN
pertahanan import Pahang musim ini, Herold Goulon kekal bersama skuad bagi
saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain berumur
31 tahun itu dijangka kembali bersama skuad Tok Gajah awal Januari depan,
selepas sambutan Krismas.
Menurut
sumber, pemain berketinggian 1.95 meter itu bersetuju bersama Pahang selepas
sebelum ini dikatakan kontrak tidak dilanjutkan.
"Sudah
pasti ia berita baik buat penyokong Tok Gajah kerana Goulon kekal bersama
Pahang musim depan. Kehadiran pemain
tinggi lampai ini sudah pasti menjadi pertaruhan terbaik Pahang untuk
mengukuhkan kubu pasukan musim depan," katanya.
Ditanya
kedudukan Dickson Nwakaeme yang dikatakan kekal bersama Pahang, sumber itu
berkata, segalanya belum lagi dimuktamadkan.
"Kita
tungu dan lihat sehingga hujung bulan ini sama ada Nwakaeme masih bersama atau
sebaliknya," katanya.
Musim ini,
Pahang menyenaraikan lima import iaitu Nwakaeme dari Nigeria, Goulon
(Perancis), Lazaruz Kaimbi (Namibia), Safuwan Baharudin (Singapura) dan Saddil
Ramdani (Indonesia). Setakat ini, status
Kaimbi, Safuwan dan Saddil sah tidak bersama Tok Gajah musim depan manakala
kedudukan Nwakaeme masih menjadi tanya tanda.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 5:23 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan