MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN import Pahang, Saddil
Ramdani mengakui belum berpuas hati dengan prestasi dipersembahkan bersama
skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) khususnya Liga Super.
Pemain berasal dari Indonesia itu
berkata, masih banyak perlu dipertingkatkan terutama dari segi gaya permainan
untuk membantu pasukan mencapai kejayaan.
"Secara peribadi, tiada
istilah berpuas hati setiap kali perlawanan kerana masih banyak yang perlu
dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik.
"Apa perlu dilakukan adalah
perlu bekerja keras dan bermain dengan lebih baik.
Namun, setakat ini, saya tetap
bersyukur dengan kerjasama yang diberikan," kata pemain sayap berumur 20
tahun itu.
Saddil, bekas pemain Persela
Lamongan, Indonesia setakat ini menjaringkan satu gol ketika Pahang menewaskan
Kuala Lumpur 3-1, awal Februari lalu.
Ditanya peluang mencatat
kemenangan ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini, Saddil percaya skuad
itu akan tampil dengan prestasi terbaik.
Katanya, keputusan seri 1-1
dengan PJ City FC minggu lalu diharap ditebus untuk kembali mengukuhkan
kedudukan dalam saingan liga.
"Oleh itu, saya dan rakan
sepasukan akan memastikan Pahang beraksi pada prestasi terbaik biarpun berdepan
tugas getir di tempat lawan," katanya.
Selepas lapan perlawanan, skuad
kendalian Dollah Salleh berada di tangga kedua liga mengutip 18 mata di
belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT), 20 mata.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 12 April 2019 @ 3:28 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan