OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Label
- LAGENDA PAHANG
- LIGA SUPER 2014
- LIGA SUPER 2017
- LIGA SUPER 2018
- LM1998
- PAHANG1984
- PAHANG1993
- PAHANG1998
- PAHANG2004
- PAHANG2005
- PAHANG2006
- PAHANG2007
- PAHANG2008
- PAHANG2009
- PAHANG2011
- PAHANG2015
- PAHANG2017
- PAHANG2018
- PAHANG2019
- PAHANG2020
- PIALA FA 2014
- PIALA MALAYSIA 1998
- PIALA MALAYSIA 2003
- PIALA MALAYSIA 2013
- PIALA MALAYSIA 2014
- PIALA MALAYSIA 2015
Ahad, 14 April 2019
Jumaat, 12 April 2019
'Mahu lebih tajam bersama Tok Gajah'
MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN import Pahang, Saddil
Ramdani mengakui belum berpuas hati dengan prestasi dipersembahkan bersama
skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) khususnya Liga Super.
Pemain berasal dari Indonesia itu
berkata, masih banyak perlu dipertingkatkan terutama dari segi gaya permainan
untuk membantu pasukan mencapai kejayaan.
"Secara peribadi, tiada
istilah berpuas hati setiap kali perlawanan kerana masih banyak yang perlu
dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik.
"Apa perlu dilakukan adalah
perlu bekerja keras dan bermain dengan lebih baik.
Namun, setakat ini, saya tetap
bersyukur dengan kerjasama yang diberikan," kata pemain sayap berumur 20
tahun itu.
Saddil, bekas pemain Persela
Lamongan, Indonesia setakat ini menjaringkan satu gol ketika Pahang menewaskan
Kuala Lumpur 3-1, awal Februari lalu.
Ditanya peluang mencatat
kemenangan ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini, Saddil percaya skuad
itu akan tampil dengan prestasi terbaik.
Katanya, keputusan seri 1-1
dengan PJ City FC minggu lalu diharap ditebus untuk kembali mengukuhkan
kedudukan dalam saingan liga.
"Oleh itu, saya dan rakan
sepasukan akan memastikan Pahang beraksi pada prestasi terbaik biarpun berdepan
tugas getir di tempat lawan," katanya.
Selepas lapan perlawanan, skuad
kendalian Dollah Salleh berada di tangga kedua liga mengutip 18 mata di
belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT), 20 mata.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 12 April 2019 @ 3:28 PM
Khamis, 11 April 2019
Mat Yo sah sertai Pahang
Ahad, 19 November 2017 | 9:03pm
BEKAS penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan teka-teki mengenai hala tujunya apabila mengesahkan sudah menyertai skuad Tok Gajah musim depan.
Mat Yo sah sertai Pahang
Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan teka-teki mengenai hala tujunya musim depan apabila mengesahkan sudah menyertai Pahang.
Ketika dihubungi, Norshahrul atau mesra dengan panggilan Mat Yo mengakui sudah menandatangani kontrak bersama skuad kendalian Dollah Salleh itu, dua hari lalu.
"Ya, saya sudah menyertai Pahang," kata Mat Yo menjawab spekulasi perpindahannya ke skuad Tok Gajah selepas gambar pertemuannya dengan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah serta Dollah tersebar di laman sosial sejak semalam.
Pengesahan itu juga sekali gus turut mematikan spekulasi sebelum ini yang mengaitkan namanya dengan Kelantan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang selaku Presiden PBNP dan jurulatih (Dollah) kerana mempercayai kemampuan saya serta memberi peluang bermain untuk pasukan ini musim depan.
"Saya harap dapat membalas kepercayaan itu dengan membantu pasukan berkenaan menjuarai sekurang-kurangnya satu piala.
"Salah satu sebab saya menyertai Pahang kerana yakin mereka pasukan yang berpotensi untuk bergelar juara.
"Pada masa sama, saya juga ingin berterima kasih kepada FELDA United yang memahami serta merestui keputusan saya walaupun mereka turut menawarkan kontrak lanjutan kepada saya," katanya.
Mat Yo yang pernah mewakili pasukan My Team, Kelantan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu, sebelum ini pernah membayangkan akan meninggalkan FELDA kerana ingin mencari peluang bermain dalam kesebelasan utama.
Ini kerana sepanjang semusim bersama FELDA, dia lebih banyak berperanan sebagai pemain gantian serta diletakkan di bahagian sayap berbanding posisi kegemarannya di tengah.
Keadaan itu menyebabkan dia kecewa kerana berasakan dapat memainkan peranan lebih berkesan jika kerap diturunkan serta bermain di posisi yang betul.
"Saya berharap akan mendapat lebih banyak peluang bermain pada musim depan. Namun, saya sedar ia bukan mudah kerana Pahang juga memiliki ramai pemain yang bagus di bahagian serangan.
"Begitupun, saya bersedia untuk memberi saingan bagi merebut tempat. Malah, saya yakin masih mampu bermain di peringkat tinggi jika tidak dibelenggu kecederaan," ujar Mat Yo.
Dengan kehadiran Mat Yo, Pahang kini dilihat mempunyai rangkaian serangan yang berbisa jika dia digandingkan dengan penyerang import Brazil, Matheus Alves, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).
Pahang juga dikatakan sudah menandatangani pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin yang turut bersama Mat Yo dalam pertemuan dengan Tengku Abdul Rahman dan Dollah.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 19 November 2017 | 9:03pm
Langgan:
Catatan (Atom)